seismik

[VIDEO] Pening Nak Kira Harga Makanan foodpanda, Cara Member Terangkan Pula Bikin Dekah

Semangat member dia terangkan.

Cover image via @vicky.littlewolf (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang ramai yang menggunakan pesanan secara online untuk membeli barangan mereka, daripada keperluan harian hinggalah makanan

Dengan adanya aplikasi online tersebut, ia kini lebih memudahkan kerana hanya perlu memesan saja dan ia akan sampai di depan rumah anda.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila cara seorang gadis menerangkan harga makanan kepada rakannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Member semangat terangkan pembahagian harga makanan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis bersama rakannya sedang sibuk mengira kembali harga makanan yang mereka pesan melalui foodpanda.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah rakannya itu dilihat begitu bersemangat menerangkan harga makanan dan cas yang dikenakan.

Dia juga siap menulis di atas kertas harga-harga makanan tersebut supaya gadis berkenaan lebih memahami.

Situasi itu membuatkan gadis tersebut terhibur melihat cara rakannya itu menerangkan harga makanan mereka.

"Pasal duit jangan nak main-main dengan perempuan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya. Malah, ada yang memuji tindakan rakan gadis itu kerana menjelaskannya dengan baik.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 128.2K views, 9,414 likes dan 395 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bagus cara member dia terangkan, yang penting semua jelas :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: