"Jangan Jual Sama Suami Saya" - Isteri Ini Komen Live Seller Tak Bagi Husband Lock Barang
Steady bos.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ramai yang menggunakan media sosial untuk meluahkan bakat atau berkongsi kehidupan mereka
Tetapi, ada juga yang mengambil peluang dengan menggunakan sosial media sebagai tempat untuk mereka mencari rezeki atau berniaga.
Ada yang menggunakan pendekatan dengan membuat live sambil menjual barangan mereka dan menerangkannya secara terperinci.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang penjual yang membuat live terpaksa mengikut kehendak seorang pengikutnya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Banyak sangat jam tak pakai dekat rumah, isteri sampai komen dekat live penjual
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi kejadian ketika seorang penjual sedang membuat live untuk menjual jam tangan.
Difahamkan, suaminya selalu memasuki live tersebut untuk melihat koleksi jam tangan yang dijual oleh kedai berkenaan sehingga banyak jam tangan yang sudah dibelinya dari penjual tersebut.
Namun, apa yang membuatkan si isteri agak marah adalah kerana suaminya itu membeli terlalu banyak jam sehingga tidak terpakai olehnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah wanita itu siap berpesan di live komen penjual tersebut dengan memberitahu jangan jual pada suaminya. Dia juga siap meletakkan nama suaminya itu.
Perkara itu membuatkan penjual itu membaca dan hormat dengan keputusannya untuk tidak membenarkan si suami 'lock' barang tersebut.
"Hahaha seller pun sporting" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat wanita tersebut. Malah, ramai yang memuji seller itu sangat sporting kerana mengikut arahan pengikutnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 781.2K views, 91.1K likes dan 1,689 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok: