seismik

"Kebanyakannya Gatal" - Gadis Luah Pengalaman Tak Boleh Dilupakan Masa Masuk Kelas Memandu

Ramai pula kongsi pengalaman sama.

Cover image via @farey1710 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita semua memang diwajibkan untuk mengikuti kelas latihan memandu terlebih dulu sebelum dibenarkan memandu di jalan raya

Hal ini bagi meningkatkan ilmu pengetahuan kita tentang peraturan dan keselamatan ketika berada di jalan raya.

Kita wajib lulus dan mendapatkan lesen barulah kita boleh memandu. Namun, ada juga sesetengah orang masih berdegil kerana tetap memandu walaupun tidak mempunyai lesen.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ketika menjalani latihan kelas memandu telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@farey1710

Share la your experience baru ramai tau betapa scary nya cikgu driving lelaki ##fyp ##shouldbeme ##nobody ##CapCut

Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi

Kongsi kisah silam, beri pandangan perbanyakan guru wanita berbanding guru lelaki

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi pengalamannya ketika sedang menjalani latihan memandu.

Gadis itu memberitahu dia dikacau oleh guru latihan memandunya iaitu guru lelaki yang memegang tangannya ketika sedang memandu.

Dia menjelaskan ketika dia mahu menukar gear, tangannya telah dipegang oleh guru tersebut kerana dia tersalah masuk gear. Perkara itu membuatkan dia merasa terkejut dengan tindakan guru berkenaan.

Malah, bukan itu saja tangannya juga dipegang ketika sedang memegang stereng kenderaan itu. Apa yang lebih mengejutkan adalah guru lelaki itu siap memberitahu dia mahu memperisterikan gadis itu.

Disebabkan kejadian itu, gadis tersebut meluahkan agar pusat latihan memandu mengasingkan antara pelajar lelaki agar bersama guru lelaki dan pelajar perempuan bersama guru wanita.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@farey1710

Reply to @ndm_isyaa pengalaman saya tak seteruk orang lain but stil!!! Sampai bila nak diam. ##fyp ##shouldbeme

Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi

"Weh, takut lah nak pergi ambil lesen nanti" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka. Malah, ramai ada juga yang bersimpati dengan apa yang gadis itu telah lalui.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 861.3K views, 116.9K likes dan 4,151 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah anatar komen daripada netizen di TikTok:

Semoga dijauhkan perkara macam ni untuk korang yang baru nak ambil lesen nanti :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: