Pengantin Hairan Kenapa Tok Kadi Masuk Ladang, Rupa-Rupanya Terlupa Kena Nikahkan Mereka
Kalau tak, tak nikahlah pengantin tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, sudah tentu mereka tidak sabar menanti hari bahagia
Iyalah, hari perkahwinan merupakan antara hari yang paling akan diingati dan menjadi momen paling indah buat anda dan pasangan.
Segala persiapan pasti sudah lama tersedia sejak berbulan lagi. Tentulah bakal pengantin mahu nampak cantik dan kacak pada hari itu.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila pasangan pengantin berkongsi detik lucu ketika dia terserempak dengan tok kadi yang akan menikahkannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lupa ada tugas kena nikahkan bakal pengantin pada hari itu
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi perjalanan untuk menuju ke lokasi pernikahannya.
Namun, dia secara tidak sengaja terserempak tok kadi yang mahu menikahkannya itu menuju masuk ke ladang. Situasi itu membuatkan dia merasa hairan kerana tok kadi itu sepatutnya perlu berada di lokasi pernikahannya.
Difahamkan, dia kemudian memberitahu tok kadi itu dan mengingatkannya bahawa dia perlu dinikahkan pada hari tersebut. Tok kadi itu dengan pantas terpantas keluar dari ladang itu dan berpatah balik.
"Naya ni kalau pengantin nak pi turut" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu. Malah, ramai pula yang berkongsi pengalaman sama mereka dengan tok kadi masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 395.8K views, 26.1K likes dan 392 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: