seismik

[VIDEO] Pemuda Ini Kongsi Cara Panggil Lembu Dengan Hanya 'Jeritan' Raih Perhatian Ramai

Wow, macam tarzan. Hebat.

Cover image via @naemkawa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda mempunyai haiwan ternakan di ladang, sudah pasti anda tahu bagaimana nak mangawalnya kan?

Kadangkala, haiwan-haiwan ini sangat dengar cakap dan mudah untuk dijaga. Jadi, tak perlulah terlalu penat nak kawal mereka ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki memanggil lembu ternakannya untuk makan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@naemkawa

Ni baru pnggil lembu tauu smua datang ,kalau kamu aku panggil sayang apa jdi

original sound - Miera Azmy

Jadi macam Tarzan nak panggil lembu datang makan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di ladang ternakan haiwannya bersendirian sambil merakam dirinya.

Dia kemudian menunjukkan bagaimana cara dia memanggil lembu-lembu ternakannya bila tiba waktu untuk makan.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat tidak ubah seperti filem kartun popular iaitu Tarzan ketika sedang memanggil lembu-lembu berkenaan dengan hanya 'jeritan'.

"Bestnya boleh buat macam tu. Saya jerit-jerit panggil anak buah dekat rumah mak suruh diam" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 146.1K views, 20.2K likes dan 1,233 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sempoi je abang ni panggil lembu dia. Best pula tengok :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: