Semangat Nak Kejar Rakam Kereta Mercedes Klasik, Lelaki Ini Terkejut Lihat Pemandunya
Tak sia-sia dia kejar.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Semua orang mempunyai minat mereka sendiri terhadap sesuatu barangan, contohnya seperti barangan klasik
Barangan klasik memang sukar dijumpai hari ini kerana ia sudah lama. Tetapi, jika anda menjumpainya atau memilikinya, ia seperti satu barangan yang ‘rare’ dan perlu dijaga dengan baik.
Begitu juga dengan kereta klasik, ada sesetengahnya sangat minat padanya. Sama seperti video yang tular di Facebook ini apabila seorang lelaki gigih untuk merakam kereta Mercedes klasik di atas jalan raya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terkejut lihat pemandu sebenar di dalam kereta tersebut
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di dalam kereta bersama rakannya untuk menuju ke tempat yang tidak diketahui.
Dia kemudian ternampak sebuah kereta Mercedes klasik yang jarang dilihat di atas jalan raya dan mengambil keputusan untuk merakamnya.
Namun, selepas melepasi kereta itu dia merasa terkejut melihat pemandu di dalam itu rupanya adalah mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Mat.
Tok Mat juga kelihatan tersenyum apabila menyedari dirinya dirakam semasa beliau sedang memandu kereta klasik berkenaan.
"Mahal model ni, kena pula 2 pintu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan reaksi mereka masing-masing mengenai situasi tersebut. Ramai yang beranggapan kereta itu sememangnya 'rare' dan susah untuk dilihat atas jalan raya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.3K likes, 142 comments dan 138 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook: