Suami Sempoi Masuk Showroom Pakai Selipar, Siap Surprise Beli Kereta Baru Untuk Isteri
Bestnya dapat surprise daripada suami!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai suami isteri, adalah bagus jika anda dan pasangan sering memberikan kejutan buat pasangan
Kejutan bukanlah bermaksud benda yang mahal-mahal saja, tetapi yang penting niat dan keikhlasan anda dengan pasangan. Ia boleh mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Siapa saja tak sukakan dengan kejutan.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki memberikan kejutan buat isterinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami hadiahkan kereta bersempena dengan hari anniversary
Menerusi video tersebut, seorang wanita yang juga merupakan penjual kereta berkongsi detik manis ketika pelanggannya memberikan kejutan buat si isteri.
Difahamkan, lelaki itu telah merancang segalanya dengan wanita tersebut untuk memberikan kejutan kereta berkenaan buat isterinya.
Malah, isterinya sehingga menjerit kerana merasa terkejut dan tidak menyangka yang suaminya akan menghadiahkan sebuah kereta kepadanya. Pasangan itu juga dilihat sangat sempoi dengan penampilan mereka yang sederhana.
"Kalau akulah jerit sampai daun pun gugur tak ingat dunia sebab happy" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa mereka mengenai video tersebut. Malah, ada juga yang memuji kesederhanaan pasangan ini.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 239.5K views, 30.6K likes dan 1,202 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: