seismik

"Murah Dengan Senyuman" - Tak Kelip Mata Usha Akak Kedai, Gelagat Budak Ini Mencuit Hati

Amboi dik!

Cover image via @misseldy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kita boleh lihat ragam dan telatah kanak-kanak yang dikongsikan di media sosial

Kebanyakannya lucu belaka, sampai kadang kala tak kering gusi dibuatnya. Iyalah, tak sangka mereka spontan macam itu kan.

Sama seperti video ini yang memaparkan gelagat seorang budak lelaki tak kelip mata melihat seorang pekerja kedai makan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@misseldy berawal dengan senyuman berakhir dengan sentuhan #fyp #amediketu bunyi asal - Nyap tahuk

Terus tersenyum lepas buat 'eye contact' dengan akak kedai

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga bersama anak mereka sedang makan di sebuah restoran.

Pekerja wanita kedai itu dilihat sedang menyiapkan makanan untuk keluarga tersebut sambil diperhatikan seorang budak disebelahnya.

Lebih mencuit hati lagi adalah apabila budak lelaki tidak berkelip mata melihat pekerja itu menyiapkan makanan mereka. Malah, dia sempat membuat 'eye contact' sehingga budak itu tersenyum. Budak itu juga dilihat sempat menyentuh tangan pekerja wanita berkenaan.

"Adik memang ada type. Kasi like dik jangan swipe tau. Hehehe comel adik ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 229.3K likes dan 1,543 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je dik, tapi bukan main ya mata dia usha :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik