[VIDEO] Teruja Naik Pentas Ambil Anugerah, Gelagat Anak Istimewa Ini Cuit Hati Netizen
Rock adik ni.
Anak-anak istimewa merupakan anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita untuk dijaga dan disayangi
Hal ini kerana, mereka termasuk dalam kalangan orang yang kurang upaya (OKU). Jadi, adalah tanggungjawab kita untuk menyantuni mereka ini. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan seperti kita.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat seorang anak istimewa menaiki pentas untuk mengambil anugerah telah mencuit hati netizen.
Lihat video itu di bawah:
Semangat naik pentas masa terima anugerah
Menerusi video tersebut, kelihatan suasana menunjukkan perhimpunan di sebuah sekolah. Ia diadakan untuk menyampai beberapa anugerah kepada murid-murid.
Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah reaksi seorang murid perempuan ini yang begitu semangat dan menunjukkan aksi selambanya ketika berada di atas pentas.
Dia juga sempat memeluk guru yang memberikan anugerah itu kepadanya dan siap melambai ke arah murid-murid lain.
"Ya Allah comelnya bila tengok dia buat macam tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan dan telatah anak istimewa itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 606.1K views, 66.4K likes dan 389 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!