seismik

Reka Inovasi Pengering Kasut Masa Pameran, Budak Sekolah Ini Curi Perhatian Ramai

Wow, hebat.

Cover image via @aniezahari (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mencipta sesuatu barang atau alat bukanlah perkara yang mudah kerana anda perlu memikir banyak benda

Tetapi, kalau kita tidak mencuba kita sendiri mungkin tidak tahukan dengan kebolehan kita? Tambahan lagi, bagi mereka yang betul-betul minat dalam bidang ini.

Pasti anda pernah melihat pameran reka cipta dan inovasi di sekolah ataupun di mana-mana pameran bukan? Memang tak dijangka mereka boleh mencipta itu.

Sama seperti video ini apabila sekumpulan budak sekolah menunjukkan hasil rekaan mereka untuk pengering kasut elektrik telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Reka pengering kasut sebab cuaca selalu hujan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang menerangkan tentang inovasi rekaannya iaitu pengering kasut elektrik.

Difahamkan, ia bersempena dengan pameran invoasi teknologi yang diadakan di sekolah tersebut. Ramai pelajar mengambil bahagian untuk menunjukkan ciptaan mereka.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sekumpulan pelajar ini yang mencipta mesin pengering kasut oleh kerana cuaca yang tidak menentu sekarang.

Dia juga menjelaskan kos rekaan itu tidak sampai RM50 disebabkan mereka menggunakan hair dryer terpakai.

"Dik, kenapa tak cipta dari dulu dik. Tak ada aku letak belakang peti ais" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi dan pendapat mereka mengenainya. Ada juga yang mengusik mengapa mesin ini tidak dicipta dari dulu lagi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 154.9K likes dan 1,982 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Guna barang terpakai pun boleh jadikan mesin, bagus dik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: