seismik

"Tetap Slay" - Kena Denda Menari Datang Kelas Lewat, Pemuda Ini Siap Bagi Free Show

Konfiden tu menari.

Cover image via @amirsica (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang pelajar adalah menjadi tanggungjawab kita untuk datang ke kelas awal dan menyiapkan segala kerja yang diberikan

Hal ini, mampu mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih tepati masa dan berguna pada masa akan datang.

Pasti kita pernah melihat atau lalui sendiri pengalaman didenda kerana datang lewat ke kelas bukan? Tambahan lagi, buat pelajar kolej. Tipulah kalau tak ada.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang pemuda didenda menari oleh pensyarahnya kerana datang lewat ke kelas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pensyarah pun terhibur tengok pelajarnya menari

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana di dalam kelas di sebuah pusat pengajian tinggi.

Difahamkan, seorang lelaki didenda oleh pensyarahnya untuk menari kerana datang lewat ke kelas.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah pemuda itu dilihat menari dengan santainya seolah-olah juga seperti sedang membuat persembahan.

"Nanti lain kali kena denda ajak sekali lecturer tu menari, hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 331.6K views, 15.5K likes dan 244 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Amboi, seronok betul nampaknya tu, nasib pensyarah pun sporting :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: