Pensyarah Suruh Beri 3 Kelebihan Diri, Jawapan Pelajar Ini Buat Ramai Tak Sangka. Deep!
Siapa yang sakiti awak ni?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Wabak Covid-19 telah memaksa kita semua untuk lebih berhati-hati dan duduk di rumah jika perlu
Ia termasuklah dengan pembelajaran secara dalam talian dan kerja dari rumah. Hal ini kerana ia lebih selamat berbanding secara fizikal.
Terutamanya bagi pelajar-pelajar kerana mereka perlu menyesuaikan diri untuk pembelajaran secara dalam talian ini. Walaupun bukan mudah kerana pelbagai masalah yang berlaku.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila jawapan yang diberi seorang pelajar ketika ditanya pensyarahnya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tiba-tiba bagi jawapan 'deep' masa pensyarah tanya
Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsung kelas pembelajaran secara dalam talian menerusi panggilan video.
Namun, selepas itu pensyarah meminta seorang pelajar lelaki memberikan tiga kelebihan diri yang dipunyai dan berkongsi kepada ramai.
Dia kemudian berkongsi apa tiga kelebihan yang dia ada. Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah jawapannya nombor tiganya yang ternyata membuatkan ramai terdiam.
"Yang ketiga, saya pernah menghargai seseorang tapi dipersiakan," katanya.
Situasi itu membuatkan satu kelas terdiam dan ada juga tersenyum bila mendengar jawapannya itu.
"Senyumlah walaupun tersakiti" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 758.7K views, 110.7K likes dan 930 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: