"Aku Suka Kau Dari Sem 1" - Pemuda Confess Minat Gadis Masa Kelas Online Ini Jadi Tumpuan
Berani bro!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai di antara anda di sini yang pernah jatuh cinta dengan teman sekelas anda bukan?
Tidak kiralah pada zaman persekolahan ataupun universiti. Semua itu tentu menjadi kenangan buat anda. Tetapi, siapa sangka ada yang akhirnya mengakhiri zaman bujang mereka dengan rakan kelas masing-masing.
Namun, lain pula dengan video tular di TikTok ini apabila seorang pemuda dengan beraninya meluahkan perasaannya kepada seorang gadis semasa kelas online telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah
Berani confess suka gadis sejak dari sem 1 lagi
Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsung sesi kelas online yang diadakan melalui panggilan video.
Namun, tiba-tiba seorang lelaki memberanikan diri dengan memberitahu perasaannya terhadap seorang gadis yang sudah lama dia suka.
"Aku nak beritahu yang aku dah suka kau daripada sem 1," katanya.
Situasi itu membuatkan satu kelas kecoh dan bersorak buatnya. Difahamkan, ia adalah kelas terakhir untuk pengajian mereka.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Bila satu kelas tahu kau crush kat dia be like, kemain sporting ek" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 157.7K likes dan 3,411 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: