seismik

[VIDEO] Lupa Kahwin Dengan Kawan Sendiri, Cara Pengantin Salam Ini Curi Tumpuan Ramai

Lawak pula tengok.

Cover image via @intnshkl (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai sekarang ini yang sudah mula mendirikan rumah tangga dengan pasangan tercinta bukan?

Ada yang bertahun lamanya merancang dan ada juga yang tidak sangka bahawa jodohnya adalah rakannya sendiri. Pasti menarik.

Namun, lain pula dengan situasi ini apabila tular sebuah video memaparkan cara pengantin ini salam pasangannya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lupa kena salam cium tangan sebab dah sah jadi suami isteri

Menerusi video tersebut, kelihatan sepasang pasangan pengantin sedang berada di sebuah majlis akad nikah mereka.

Sebaik saja selesai diijabkabulkan, pengantin perempuan diminta untuk menyalam suaminya itu.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah dia dilihat bersalam seperti biasa tanpa mencium tangan suaminya kerana mungkin memikirkan mereka masih berkawan.

Situasi itu membuatkan ayah pengantin meminta agar dia tunduk dan mencium tangan suaminya.

"Dia macam eh lupa dah kena cium tangan sekarang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi terhibur mereka selepas melihat gelagat pengantin perempuan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 182.5K views, 21.2K likes dan 136 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je perangai pengantin, lupa dah jadi suami isteri ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: