seismik

[VIDEO] Main Balas Guna Suara Karakter Kartun, Perbualan WhatsApp Ini Cuit Hati Ramai

Jadi weh!

Cover image via @bukan_zul (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti kita mempunyai minat terhadap sesuatu karakter kartun masa kecil dulu bukan?

Banyak sebenarnya kartun yang popular suatu ketika dahulu yang masih relevan sehingga sekarang. Contohnya seperti Doraemon, Sin Chan dan banyak lagi.

Malah, suara-suara karakter ini tentu sudah terpahat dalam kepala kita. Sampai kadangkala kita nak cuba buatnya.

Seperti video di TikTok ini apabila perbualan rakan bermain balas mesej menggunakan karakter-karakter kartun telah menghiburkan hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

'Cabar' rakan guna suara karakter yang dipilih untuk balas mesej

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi gelagat perbualan mesej antara dia dan rakannya.

Mereka dilihat 'mencabar' antara satu sama lain untuk membalas mesej menggunakan suara karakter yang akan dipilih.

Apa yang lebih mencuri tumpuan lagi, suara mereka berdua pula seolah-olah persis seperti suara karakter yang asal.

"Hahahaha, ni Doraemon duduk Alor Setar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen menapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 67.9K views, 6,353 likes dan 180 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tu dia, orang Kedah rupanya semua ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik