"Dia Tak Puas Hati" - Bapa Dengkur Kuat Sangat, Reaksi Muka Baby Ini Pula Menghiburkan
Muka tak boleh cover.
Ibu bapa yang baru menimang cahaya mata pasti akan merasa teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama
Sudah tentu banyak cabaran yang mereka perlu tempuh untuk menjaga si kecil ini. Contohnya seperti perangai mereka dan perlu berjaga malam untuk menjaganya.
Namun, lain pula dengan video ini apabila reaksi seorang bayi seolah-olah seperti tidak puas hati mendengar dengkuran bapanya telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Besar mata macam tak puas hati dengar bapa berdengkur
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu si suami sedang lena tidur di dalam bilik mereka.
Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah suaminya itu tidur berdengkur sehingga membuatkan reaksi muka anaknya seolah-olah 'tidak puas hati'. Situasi berkenaan membuatkan wanita berkenaan tergelak melihat muka bayinya yang baru lahir itu.
"Muka baby tu nampak sangat tak puas hati" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat muka bayi tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 58.4K likes dan 3,746 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!