"Tak Terfikir Kena Scam" - Wanita Kesal Peniaga Pasar Tipu Beri Ikan Mata Merah & Busuk
Nak berniaga ni kenalah jujur.
Pasar basah adalah pasar yang menjual barangan mentah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya
Kebiasaannya, kita akan melihat kaum wanita yang membeli untuk dimasak buat keluarga nanti. Malah, mereka lebih pandai memilih yang mana fresh dan mana tidak.
Namun, lain yang terjadi apabila seorang wanita ini apabila dia meluahkan rasa kecewanya ditipu oleh seorang peniaga pasar telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terkejut balik rumah dapat ikan dah busuk
Menerusi video tersebut, difahamkan pada awalnya wanita berkenaan membeli ikan di sebuah pasar raya.
Namun, dia terkejut sebaik saja tiba di rumah melihat keadaan ikan yang dibelinya. Ikan itu dilihat sudah bermata merah dan busuk. Tidak sesuai untuk dimasak.
"Silapnya aku tak ingat kedai yang mana satu sebab aku beli ikan lain-lain tempat jadi untuk korang yang biasa pergi situ kalau pilih ikan dan bagi dia timbang tolong tengok betul-betul"
"Kalau korang tengok-tengok ikan lain memang dia tukar plastik lain. Silap aku semalam tak terpikir nak kena scam macam tu untuk abang yang jual ikan"
"Tak apa kat dunia kau lepas akhirat tahulah nasib kau, RM7kg tu duit seekor pun tak boleh nak makan sebab dah busuk. Allah tu tak tidur ya. Ingat dunia akhirat aku tak halalka. Banyak kali pergi ni st time kena. Video ni khas untuk si penipu ya, aku tak pukul rata so, korang hati-hati," tulisnya di kapsyen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!