seismik

"Betul Berhantu" - Isteri Kongsi Lauk Kegemaran Suami, Wajib Ada Ulam & Budu Bila Makan

Sedap sangat nampak dia makan tu.

Cover image via @nuruliffahnabihah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, isterilah yang akan memasak buat keluarga

Ditambah pula, dengan air tangan isteri yang tiada tandingannya sehingga membuatkan suami menambah dua hingga tiga kali.

Walaupun lauk yang simple, tetapi jika dimakan panas-panas memang sure akan tambah. Namun, ada juga sesetengah orang yang wajib ada makanan tertentu apabila makan.

Sama seperti video di TikTok ini apabila isteri berkongsi gelagat suami yang wajib ada budu bila makan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@nuruliffahnabihah Ado ore lapar ko? Kalu lapar hello laa nok ata location rumoh #fyp original sound - PuanHumaira

Kongsi suami memang suka makan ulam dan budu

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan berkongsi beberapa hidangan masakan buat suaminya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah suaminya itu gemar memakan budu dan ulam sehingga menjadikan makanan tersebut lauk yang wajib ada ketika menjamu selera.

Dapat dilihat juga suaminya begitu selera menjamu selera dengan hidangan yang dimasak si isteri.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@nuruliffahnabihah Replying to @Afeeya Azhar betul2 berhantu budu ni #fyp original sound - PuanHumaira

"Nikmat weh boleh cicah budu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan sama mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 461.9K views, 17.6K likes dan 603 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nampak berselera dia makan. Jadi lapar terus! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: