Ini Info Penting Yang Anda Perlu Tahu Jika Mahu Beli 'Minyak Masak Paket' Di Pasaran
Standby.
Minyak masak merupakan bahan paling penting dalam setiap masakan
Iyalah, semua makanan yang nak digoreng memerlukan minyak masak supaya ia dapat dimakan betul tak?
Namun, sama seperti beras, minyak masak juga merupakan antara barang keperluan yang tersenarai sebagai barang subsidi. Ia boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira status.
Tetapi, daripada beberapa isu yang timbul antaranya pembelian minyak masak paket oleh golongan yang tidak sepatutnya, kerajaan bakal memperkenalkan inisiatif khas khusus bagi menangani isu ini.
Menurut laporan, ia akan berkuat kuasa pada tahun 2024. Jadi, mari kita tengok antara info penting yang anda perlu tahu.
1. Perlu ada ID khas untuk beli
Kerajaan telah menetapkan hanya golongan yang mempunyai pengenalan diri (ID) khas dan disahkan layak boleh membeli minyak masak paket bersubsidi.
2. Kerajaan sasarkan pada golongan yang betul-betul memerlukan
Disebabkan sebelum ini ramai pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas subsidi ini, jadi sekarang KPDN mahu sasarkan kepada yang memerlukan, supaya tidak berlaku penjualan kepada yang tidak sepatutnya.
3. Tidak boleh beli guna kad pengenalan (IC)
Untuk pengetahuan anda, kad khas akan dikeluarkan bagi mereka yang betul-betul layak membeli minyak paket ini. Ramai yang bertanya mengapa tidak gunakan kad pengenalan (IC), hal ini kerana keperluan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga mikro.
4. Golongan T20 guna ID berbeza
Bagi golongan T20, mereka sebenarnya tidak layak terima subsidi minyak masak paket. Maka perlu kepada ID yang berbeza.
5. Kerajaan bakal pertimbangkan guna MyKad
Menerusi satu kemas kini pada jam 1.00 tengahari (2 Oktober), Fuziah memaklumkan kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan MyKad sekiranya ia dapat memudahkan urusan orang ramai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!