Cermin Kereta Pecah Akibat Dari Pekerja Potong Rumput? Ini Langkah Yang Anda Perlu Ambil
Okay dah tahu!
Kerja-kerja pemotongan rumput di tepi jalan raya sering dilakukan bagi mengekalkan kebersihan jalan raya
Namun, bagi pengguna jalan raya perkara ini amat 'menakutkan' tambahan lagi bagi pemandu kereta. Hal ini kerana, batu-batu kecil atau objek boleh terpelanting terkena kereta.
Malah, lebih teruk ia mungkin akan terkena pada cermin kereta anda sehingga menyebabkan ia pecah dan retak. Jadi, macam mana kita nak selesaikan masalah ini? Ia bukan salah kita betul tak?
Jangan risau, anda sebenarnya boleh claim daripada kejadian seperti ini. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut!
1. Berhenti di tepi bahu jalan dan ambil gambar
Jangan terus panik, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah berhenti ke tepi bahu jalan, ambil gambar kereta dan tempat kejadian selepas itu berjumpa dengan pekerja mesin rumput tersebut.
Kemudian, dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor pekerja yang membuat kerja mesin rumput itu.
2. Semak panel insurans syarikat tersebut
Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Hal ini kerana pihak berkuasa tempatan mewajibkan mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Jadi, selepas anda mendapat nama syarikat tersebut, semak dengan pihak syarikat dimana bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit.
3. Buat laporan polis
Langkah seterusnya adalah buat laporan polis dengan menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, serta nama jalan dan juga kawasan di mana kemalangan cermin kereta itu berlaku.
Jadi lepas ini kalau anda berdepan dengan kejadian seperti ini, tenang dan jangan marah. Selesaikan dengan cara yang baik :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!