seismik

Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Ini Perbezaan Antara Sukiya & Suki-Ya Yang Ramai Tersilap

Nama pun sama dah.

Cover image via Sunway Pyramid & IOI City Mall

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Makanan steamboat dan gril kini menjadi pilihan ramai orang

Malah, banyak kedai yang viral dikongsikan di media sosial. Bila dah viral, siapa saja tak nak cuba betul tak?

Tambahan lagi, ia memang betul-betul sedap dan berbaloi. Pasti ada niat nak teringin dan cuba juga.

Pasti di sini juga ramai yang pernah dengar kedai makanan viral Sukiya betul tak? Sampai di mana-mana cawangan mereka penuh beratur orang nak makan.

Namun, tahukah anda apa perbezaan Sukiya dan Suki-Ya? 

Restoran Sukiya

Image via Mid Valley

Sukiya ialah restoran rangkaian Gyudon No.1 Jepun yang menawarkan Gyudon yang lazat pada harga berpatutan dengan perkhidmatan yang hebat.

Sukiya Malaysia menyediakan hidangan harian Jepun moden seperti Gyudon, Ramen, Chicken bowl, Kari di restoran yang direka dengan budaya pop Jepun untuk menikmati suasana seperti anda berada di Jepun.

Malah, semua barangan yang dihidangkan di Sukiya Malaysia adalah mengikut peraturan Halal supaya tetamu Muslim boleh menjamu selera tanpa perlu risau.

Setakat ini, Sukiya Malaysia telah mempunyai 16 restoran di Malaysia.

Restoran Suki-Ya

Image via Suki-Ya

Untuk pengetahuan semua, konsep Suki-Ya lahir daripada gabungan kedai khusus di Jepun yang menyajikan hot pot, shabu-shabu dan sukiyaki. 

Restoran ini berkonsepkan bufet daging premium dengan harga berpatutan.Ia sesuai untuk dimakan beramai-ramai sambil anda boleh memasak sendiri makanan anda di dalam hot pot tersebut.

Suki-Ya menawarkan 4 pilihan asas sup yang popular dengan aliran makanan percuma (free flow) seperti penambahan daging dan sebagainya. Difahamkan, walaupun ia masih tiada sijil halal JAKIM tetapi sumber daging yang diterima adalah dari pengedar yang halal dan tiada masakan menggunakan alkohol.

Setakat ini terdapat 10 cawangan Suki-Ya yang kesemuanya terletak di dalam pusat beli-belah.

Image via Tripadvisor

Okay sekarang dah tahu, jangan tersilap pula! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: