seismik

Baru Nak Buat Video Healing, Mujur Dapat Selamatkan Rakan Nak Tenggelam Di Belakang

Nasib baik!

Cover image via @mmy_zubex (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai kita boleh lihat di sosial media sekarang orang membuat pelbagai konten

Ia termasuklah konten mengenai diri sendiri. Tambahan lagi dekat TikTok kita boleh lihat pelbagai konten dilakukan. Antara yang sedang trend sekali adalah konten 'healing' betul tak.

Namun, lain pula terjadi apabila wanita ini terpaksa membatalkan niat untuk membuat kontennya dek kerana kejadian yang tidak disangka telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@mmy_zubex Aku tak sempat nak cakap tempat tu dalam, ehh dia dah bantai terjun dlu Nasib tak jadi hal oii #lataberembun #gunungberembunjelebu #hiking #porttiruk #fyp #fypviral original sound - zubex_oth

Tak sempat nak beri amaran air dalam, kawan dah bantai terjun dulu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang berada di sebuah tempat air terjun. Dia dilihat mahu merakam dirinya di tempat tersebut.

Tetapi, baru beberapa saat membuat video, rakannya tiba-tiba terjun ke dalam air membuatkan dia terkejut.

Malah, rakannya itu dilihat terkapai-kapai seperti mahu lemas membuatkan dia dengan pantas menarik tangan rakannya.

"Aku tak sempat nak cakap tempat tu dalam, eh dia dah bantai terjun dulu. Nasib tak jadi hal oi," tulisnya.

"Yang hampir lemas je tahu perasaan lepas dapat keluar dari air" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 328.9K views, 10.8K likes dan 572 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Member pun seronok sangat ya sampai main terjun :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: