"Malaikat Maut Memanggil" - Hisap Sekali 4 Batang Rokok, Pak Cik Ini Buat Ramai Risau
Memang risau tengok.
Seperti yang kita semua tahu merokok membahayakan kesihatan kita
Tidak kira tua ataupun muda sesiapa saja boleh mendapat penyakit kesan daripada merokok ini. Namun, masih ramai kita boleh lihat orang merokok tanpa menghiraukan kesihatan mereka.
Lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang individu berkongsi seorang pak cik menghisap empat rokok batang sekaligus telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Hisap sekali empat batang rokok
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu semasa itu sedang berada di sebuah kedai makan yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia menunjukkan seorang pak cik yang sedang menghisap rokok pada waktu itu. Malah, dia menghisap empat batang rokok sekali gus.
"Dah tak lama dah tu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah meraih 541.1K views, 41K likes dan 1,273 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!