Ustaz Terambil Skrip Emcee Lepas Bacaan Doa, Reaksi Tenang Pemuda Ini Raih Perhatian
Nasib baik dia tak cepat gelabah.
Jika kita pergi ke sesuatu majlis dan acara, sudah tentu akan ada emcee atau pengacara majlis
Mereka inilah yang bertanggungjawab untuk memberikan tentatif tentang majlis berkenaan daripada awal sehingga ke akhir.
Kebiasaannya, pengacara majlis ini akan diberikan skrip mereka untuk membaca turutan sepanjang majlis berkenaan. Ia adalah bagi memudahkan mereka juga.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila reaksi tenang seorang pemuda ketika skripnya diambil oleh pembaca doa telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Panik sekejap lepas pembaca doa terambil skrip emsi
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda semasa itu sedang menjadi emcee dalam sebuah majlis tertutup.
Dapat dilihat ketika itu seorang lelaki sedang mengiringi bacaan doa sebelum bermula. Namun, tanpa tidak sengaja, lelaki berkenaan terambil skrip emcee pemuda tersebut.
Situasi itu membuatkan dia sedikit panik namun dapat mengawalnya sebelum menerima kembali skrip tersebut.
"Kalau akak dah ikut belakang ustaz terus dik jalan sama" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.2M views, 211.4K likes dan 928 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!