seismik

Tarian Dapat Perhatian Shah Rukh Khan, Wanita Malaysia Ini Luah Rasa Teruja Terima Respon

Hebat!

Cover image via X & wiwinbollmixdance (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon Bollywood popular Shah Rukh Khan bukan?

Beliau bukan saja diminati di negaranya sendiri malah, mempunyai peminat di seluruh negara termasuklah Asia dan Eropah.

Kejayaan beliau dalam filem-filem yang dilakonkan ternyata meraih peminat sehingga ada yang menghafal step tarian di dalam filem tersebut. Sudah tentu pasti ada rasa teruja kalau dapat berjumpa aktor kacak ini kan?

Baru-baru ini, tular apabila seorang wanita meluahkan rasa terujanya selepas video tarian dia dan rakan mendapat perhatian daripada aktor berkenaan.

Lihat video itu di bawah:

@wiwinbollmixdance Terkejut !!! Video wiwin dan team dinotice oleh Shah Rukh Khan di twitterLagu ni win buat step sendiri tau iam so happy guys !! #wiwinbollmixdance #wbdteam #jawan #shouldbeme #shahrukhkhan Faraatta - desidharsh

Tak sangka video dinotis Shah Rukh Khan sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan meluahkan rasa terujanya selepas video tarian dia dan rakan-rakan dinotis aktor tersebut.

Difahamkan, mereka mencipta semula tarian tersebut daripada filem terbaru SRK iaitu Jawan. Beliau membalas dengan memberi pujian kepada mereka mengatakan ia hebat.

Wanita itu juga menyangkal dakwaan kononnya akaun yang dibalas oleh SRK itu adalah palsu.

Lihat ciapan itu di bawah:

Wah bestnya! Bukan senang SRK nak notis :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: