seismik

"Rumah Pun Saya Tiada" - Ditanya Kenapa Tak Upgrade Gaya Hidup, Ini Jawapan Khairul Aming

Memang humble.

Cover image via @Januarhaikal (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak kenal dengan pempengaruh media sosial Khairul Aming bukan?

Sikapnya yang rendah diri dan profesional ternyata telah mendapat pujian daripada ramai pihak terutama bagi pengikutnya.

Seperti yang kita tahu dia mempunyai bisnes sambal yang mendapat sambutan hangat sehingga terjual dengan sangat pantas.

Namun, baru-baru ini dia menjawab persoalan orang ramai tentang mengapa dia tidak 'upgrade' gaya hidupnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Jelas tiada hutang, hanya komitmen pada kereta saja

Menerusi video tersebut, kelihatan Khairul Aming semasa itu sedang menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang mempersoalkan mengapa dia tidak mengubah gaya hidupnya kepada yang lebih mewah memandangkan dia adalah seorang jutawan.

Jawapan Khairul Aming ternyata membuatkan ramai yang kagum. Jelasnya dia sudah mempunyai pendirian dan sudah biasa hidup bersederhana. Asalkan ia mencukupi sudah bagus baginya.

“Kita kalau boleh nak income yang lebih besar supaya kita boleh tidur dengan tenang. Bila income besar dan kita tambah lagi expenses yang besar kita akan go back to the old ways which kita takkan tidur tenang. Sebab duit takkan pernah cukup”

"Saya memang tiada loan. The only loan yang saya ada adalah loan kereta Bezza, itu sahaja. The rest semua adalah aset yang dah dibeli yang dah dihabis bayar termasuklah dekat kilang," katanya.

Lihat video sambungan di bawah:

"Setuju sangat. Tak bermakna bila jadi jutawan, lifestyle pun kena berbelanja besar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasannya dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 13.5K repost dan 19.3K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Boleh jadi contoh yang baik Khairul Aming ni ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: