Ramai ‘Uninstall’ & Terkejut Selepas Baru Tahu Monopoly Go Didakwa Berpangkalan Di Israel
Ada macam-macam pendapat.
Permainan Monopoly Go sekarang ini sedang popular dan menjadi trend di seluruh negara
Ramai yang telah muat turun permainan ini kerana sedang hype dan tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya.
Namun begitu, ia telah menarik perhatian selepas seorang individu berkongsi bahawa permainan tersebut rupa-rupanya berpangkal di Israel.
Lihat posting itu di bawah:
Dakwa permainan tersebut berpangkal di Israel
Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi tangkap layar bahawa Monopoly Go sebenarnya berpangkal di Israel.
Difahamkan, ada antara cawangannya di Timur Tengah, ada kemungkinan Israel juga salah satu dari cawangannya.
Hal ini kerana Monopoly Go mempunyai lebih 150 kakitangan dan juga merangkumi Israel, UK dan Ukraine.
Selepas ia tular, ramai yang terkejut dan mula curiga terhadap permainan berkenaan. Ada yang berpendapat ini adalah agenda yahudi supaya umat Islam leka bermainnya.
"Nasib baik tak terjebak" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 185 comments, 3,838 repost dan 5, 058 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!