Artis Indonesia ‘Claim’ Lagu Lemak Manis, Netizen Malaysia Beri Pelbagai Reaksi Mereka
Pula dah.
Setiap kali mendengar sesebuah lagu, sudah pasti akan ada penyanyi asal lagu tersebut
Namun begitu, banyak sekarang kita boleh lihat cover lagu dan susunan muzik yang berlainan daripada lagu asal.
Baru-baru ini, tular apabila tindakan seorang artis Indonesia yang mendakwa lagu Lemak Manis, nyanyian asal penyanyi Malaysia iaitu Roslan Madun dengan mengatakan ia adalah lagunya telah mengundang perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Claim lagu Lemak Manis adalah lagunya
Difahamkan, seorang penyanyi Indonesia yang bernama Lina Rahim telah menyanyikan semula lagu berkenaan sebelum dimuat naik ke saluran Youtube pada Jun lalu.
Namun, ia dianggap hanya membuat cover kerana mempunyai lirik sama. Tetapi lain pula yang jadi apabila penyanyi wanita berkenaan seolah-olah mendakwa lagu itu adalah hak miliknya.
Apa yang lebih menjadi hangat adalah penerangan di bawah video yang memaparkan bahawa lagu tersebut ditulis oleh Lina Rahim tanpa mengkreditkan hak cipta itu kepada komposer sebenar iaitu Roslan.
Difahamkan selepas mendapat perhatian ramai, penyanyi berkenaan telah menukar dan mengakui ia adalah lagu asal daripada Roslan Madun.
"Lagu madu 3 dulu pun depa kata Ahmad Dani punya haha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai isu tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1.5K likes, 890 comments dan 447 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!