seismik

Fasih Cakap Bahasa Tamil Walaupun Berbangsa Cina, Netizen Kagum Lihat Budak Lelaki Ini

Hebat dik.

Cover image via @kartik_suresh (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia sangat terkenal dengan pelbagai budaya dan bangsa

Negara kita yang berbilang kaum menjadikan ianya lebih unik berbanding dengan negara yang lain.

Meskipun bahasa kebangsaan kita adalah bahasa Melayu, namun masih ramai yang mamu bertutur dalam bahasa lain seperti Cina dan Tamil.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan seorang budak lelaki Cina yang fasih berbahasa Tamil telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Ramai teruja dengar kanak-kanak cakap bahasa Tamil

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina sedang sibuk memasak.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila dia fasih bercakap dalam bahasa Tamil.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berkenaan merupakan anak jirannya dan dia sering ikut menyambut perayaan bersama keluarganya.

"Anak Cina cakap Tamil rare weh" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan kagum dengannya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.4M views, 138.9K likes dan 2,000 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Suka pula dengar dia cakap, jarang dapat tengok ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: