seismik

Bantu Pesakit Warga Emas Tolong Terjemah Pada Nurse, Wanita Fasih Bahasa Cina Dipuji Ramai

Hebat akak ni.

Cover image via @purplegularose (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di dalam negara kita

Jadi, sudah pasti semua tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Namun, ada juga yang sesetengahnya kurang fasih berbahasa Melayu kerana di rumah berkomunikasi menggunakan bahasa lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita membantu seorang pesakit warga emas yang kurang fasih bahasa Melayu kepada jururawat telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@purplegularose Hidup ini bantu membantu itu amanah,ank auntie pun ckp terima kasih dlm phone td. #fyp #fypviral #fyppppppppppppppppppppppp #xybza #stroke #sayang #chinese original sound - cik_xii

Bantu terangkan apa yang dia inginkan sampaikan pada jururawat

Menerusi video itu, dia menjelaskan bahawa jururawat di hospital itu bergelut untuk memahami permintaan seorang wanita warga emas Cina kerana bahasa Melayunya yang lemah.

"Hidup ini bantu membantu itu amanah,ank auntie pun ckp terima kasih dlm phone tadi" tulisnya dalam kapsyen.

Berdasarkan kapsyen video itu, jururawat memberi amaran kepada wanita Cina itu supaya tidak berbuat demikian bagi tidak mengganggu wanita Melayu itu kerana dia diserang angin ahmar. 

Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa dia tidak apa-apa dan bersetuju untuk membantu.

Lihat video lain itu di bawah:

@purplegularose Reply to @kakmar44 auntie ni mmg x pndai berbahasa melayu, ada yg komen ckp duk x pndai BM, jgn lah ckp mcm tu, kdg ada org tua duk kg dan x de kwn melayu maybe x pndai ckp.. ank dia berbahasa melayu dgn sy. sy x boleh ckp byk sb nafas sy termengah2.. jantung laju. #fyp #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #auntiecina #anakmelayu #stroke # original sound - PurpleGulaGula

"Semoga akak dengan auntie ni baik-baik saja amin" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kebaikan yang ditunjukan oleh wanita tersebut. Malah, ramai yang mendoakan kesihatannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 413.3K views, 29.1K likes dan 452 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik akak ni faham bahasa mandarin, semoga cepat sembuh :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: