seismik

[VIDEO] "Jarang Dengar" - Netizen Teruja Dengar Auntie India Ini Fasih Loghat Kelantan

Min pun first time dengar.

Cover image via @haree_kelate (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia ialah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan bangsa

Disebabkan itu, Malaysia merupakan salah satu negara unik kerana pelbagai budaya kita boleh lihat. Sudah pasti bahasa rasmi kebangsaan adalah bahasa Melayu.

Orang Melayu sudah biasa kita lihat dan dengar loghat mereka, tapi jika ia adalah daripada orang Cina dan India perkara itu agak rare sekali.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang auntie India yang fasih bercakap dalam loghat Kelantan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Cakap loghat Kelantan dengan anak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan anak kepada auntie itu sedang merakamnya di dapur.

Dia kemudian bertanya pokok apakah yang dipegang ibunya itu. Apa yang lebih mengujakan ramai adalah auntie itu dilihat bercakap dalam loghat Kelantan dengan fasih sekali.

Difahamkan, keluarga itu memang menetap di Kelantan, jadi sudah terbiasa dengan loghat negeri tersebut.

"Auntie, molek sungguh kecek kelate" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja mendengar kefasihan auntie itu bercakap.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 549.6K views, 28.4K likes dan 1,269 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Selalu dengar orang Cina je, ini orang India pula. Power! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: