seismik

"Sempoi Baq Hang" - Mat Salleh UK Bercakap Dalam Loghat Penang Ini Jadi Perhatian Ramai

Tu dia.

Cover image via @azrullfendy04 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai pelancong dari luar negara yang kita boleh lihat di media sosial kini fasih berbahasa Melayu

Malah, bukan saja setakat bahasa Melayu, tetapi loghat-loghat negeri lain pun ada fasih contohnya seperti Kelantan, Penang dan sebagainya. 

Sama seperti seorang lelaki mat salleh ini apabila cara percakapannya dalam loghat utara telah mendapat pujian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Datang kembali dari UK dan pilih untuk tinggal di Malaysia

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki sedang 'menemu bual' seorang mat salleh yang ketika itu mereka berada di tepi jalan raya.

Apa yang membuatkan mereka terpegun adalah apabila mat salleh itu fasih untuk bercakap dalam loghat utara. 

Difahamkan, mat salleh itu sudah lama tinggal di belah utara dan disebabkan itu dia fasih dalam loghat berkenaan.

Lihat video sambungan di bawah:

"Percayalah dia dah tak boleh cakap KL" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terpegun melihat percakapan mat salleh itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.4M views, 196.9K likes dan 1,467 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Power loghat utara dia tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: