Seronok Tinggal Di Malaysia, Wanita Inggeris Ini Beri 5 Sebab 'Pelik' Kenapa Suka Malaysia
Bukan main dia punya sebab tu.
Ramai pelancong luar sekarang kita boleh lihat datang ke Malaysia untuk bercuti
Sebenarnya ia adalah bagus kerana dapat merancakkan lagi sistem pelancongan di Malaysia setelah sekian lama ditutup akibat wabak Covid-19.
Kita juga boleh lihat, ramai 'Mat Salleh' memilih Malaysia sebagai destinasi mereka atas sebab-sebab tersendiri.
Namun, berbeza pula dengan wanita Inggeris ini apabila dia memberi 5 sebab pelik kenapa suka Malaysia telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Beri alasan kenapa suka tinggal di Malaysia
Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi alasan yang menyebabkan dia telah jatuh cinta dengan Malaysia.
Dia kemudian berkongsi sebab-sebanya yang antaranya adalah suka akan hujan kerana di negara mereka jarang untuk hujan.
Dia juga berkongsi suka kepada pembelajaran di sini kerana harganya yang berkemampuan.
"Welcome To Malaysia, please discover a lot in Malaysia and enjoy it" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat wanita itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 198.8K views, 12.2K likes dan 225 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!