"We Have Nothing Like This" - Mat Salleh Ini Puji Saiz Shopping Mall Di Malaysia
Orang luar pun teruja tengok.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, banyak negara telah membuka sempadan mereka untuk pelancong selepas 2 tahun pandemik Covid-19 melanda
Sudah tentu, ia adalah perkara yang baik kerana mereka dapat merancakkan semula ekonomi negara masing-masing.
Namun, amalan penjagaan diri perlulah dipatuhi semasa berada di sesebuah negara tersebut kerana kita semua masih belum menang menentang wabak berbahaya ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang mat salleh wanita yang memuji pusat beli-belah di Malaysia yang begitu besar telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bidas komen rakan-rakan yang cakap sedang berada di '3rd world country'
Menerusi video tersebut, seorang mat salleh wanita menyindir rakan-rakannya yang berada di Amerika yang mempersoalkan mengapa dia berada di Malaysia.
Menurutnya, ada yang menganggap Malaysia adalah sebuah negara yang 'agak ketinggalan zaman' dan disebabkan itu dia membidasnya.
Dia kemudian menunjukkan rupa pusat beli-belah di Malaysia yang sangat besar sehingga membuatkan dia sendiri teruja. Malah, dia juga memberitahu di Amerika juga tidaklah sebesar ini.
"The best part is you don't need to wear a bullet proof vest" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan setuju dengan kenyataan yang diberikan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.2M views, 210.2K likes dan 5,275 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!