Isteri 'Punch Card' Setiap Kali Keluar, Siap Buat Gaya Dalam CCTV Untuk Suami Tengok
Comel je isteri dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Suami dan isteri perlulah saling bantu membantu dalam sesebuah rumah tangga
Bertoleransi adalah kunci penting dalam perkahwinan, barulah bahagia betul tak? Sudah tentu, banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam mengekalkan rumah tangga bahagia.
Kadangkala nak keluar rumah pun boleh jadi isu berat buat suami dan isteri. Jadi, bincanglah dengan elok.
Lain pula dengan video di TikTok ini yang memaparkan seorang wanita memberi isyarat di CCTV rumahnya setiap kali dia keluar dan balik rumah buat suaminya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beri isyarat nak keluar dan balik rumah dalam CCTV
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi gelagat isterinya selepas dia melihat CCTV rumahnya.
Difahamkan, isterinya itu akan membuat pelbagai gaya dan isyarat pada CCTV rumah mereka ketika dia mahu keluar dan selepas pulang.
Gelagat isterinya itu ternyata membuatkan si suami terhibur kerana pelbagai perangai yang ditunjukkan isterinya.
"Nak kena beli CCTV dulu ni, pastu cari bini" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai pasangan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 140K likes dan 1,455 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!