seismik

"Tak Boleh Nak Buat Apa" - Wanita Ini Akui Rasa Tertekan, Anak Tak Mahu Berenggang Jauh

Harap dia terus kuat.

Cover image via @lampuukircustom (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menjadi seorang ibu kepada anak-anak bukanlah satu perkara yang mudah

Mereka perlu berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam anak-anak kecil, tambahan lagi buat para suri rumah yang 24 jam sentiasa bersama mereka.

Lebih memenatkan lagi adalah apabila si anak tak mahu berenggang dengan si ibu sehingga tidak boleh melakukan apa-apa kerja.

Situasi itu sama seperti video ini yang dikongsikan oleh seorang wanita yang meluahkan rasa tertekan ketika menjaga anaknya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak akan menangis setiap kali berenggang dengan ibu

Menerusi video tersebut, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan tertekannya apabila menjaga anak kecilnya.

Malah, anaknya itu tidak mahu berenggang dengannya dan mahu dia sentiasa ada di depan mata. Lebih merumitkan keadaan lagi, wanita itu meluahkan dia tidak boleh melakukan apa-apa kerja di rumah kerana anaknya akan menangis jika dia berenggang.

Dia juga meluahkan beberapa perkara dan apa tanggapan orang kepadanya kerana tidak cuba untuk mendapatkan pendapatan sendiri. Namun, dia menulis akan tetap kuat demi anaknya dan tidak mahu mengalah mencuba.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Bila rasa letih rehat sis, jangan paksa diri burn out" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan perkara sama mereka. Malah, ramai juga yang memberi kata-kata semangat buat dirinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 770.5K views, 68.5K likes dan 4,925 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hargailah isteri anda, bukan senang nak membesarkan anak-anak :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: