seismik

Aksi Confident Pelajar Bawa Straight Atas Bukit Masa Latihan Memandu Ini Curi Perhatian

Laju pula tu dia bawa.

Cover image via @alifiskandar0415 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebelum kita memandu di jalan raya, sudah tentu kita diwajibkan untuk mengambil latihan memandu terlebih dulu

Pasti ramai di sini yang teringat pengalaman pertama kali memandu betul tak? Macam-macam perkara yang berlaku. Ada yang sehingga ulang 2 hingga 3 kali ujian untuk mendapatkan lesen.

Namun, lain pula dengan video ini yang memaparkan seorang pelajar memandu terus di atas bukit semasa latihan telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Laju bawa, tak berhenti di bahagian bukit

Menerusi video tersebut, kelihatan akaun @alifiskandar0415 berkongsi situasi semasa di sedang berada di salah sebuah pusat latihan memandu.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah bahagian bukit, sepatutnya pelajar diminta untuk berhenti di situ dengan menarik handbrake.

Namun, pelajar tersebut dengan selamba memandu laju tanpa memberhentikan keretanya.

"Saya dah tolong pause biar kereta dia berhenti kat line tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 765.5K views, 79.9K likes dan 848 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Mungkin dia terlepas atau terlupa kot kena berhenti dekat situ :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: