[VIDEO] Gadis Fasih Berborak Dalam Bahasa Mandarin, Reaksi Uncle Ini Pula Jadi Perhatian
Hebat sis!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya kaum Melayu akan berborak dalam bahasa Melayu dan jarang sekali kita dengar mereka berbual bahasa lain betul tak?
Mungkin kadangkala ada yang lebih selesa menggunakan bahasa lain seperti English dan sebagainya demi menguasai bahasa tersebut.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berbual dalam bahasa Mandarin telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berbual dalam bahasa Mandarin dengan pekerja kedai
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di Jonker Walk, Melaka untuk membeli makanan bersama rakannya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah gadis itu dilihat berbual dengan pekerja kedai tersebut dengan menggunakan bahasa Mandarin dan bukan bahasa Melayu.
Kefasihannya itu turut menarik perhatian seorang uncle yang berada di sebelahnya dengan memberikan reaksi muka seakan terkejut dengan kebolehannya itu.
"Bangga tengok orang-orang Melayu dapat kuasai bahasa Cina. Tahniah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kebolehannya bercakap bahasa Mandarin itu kerana tidak ramai yang mampu menguasainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 620.1K views, 62.3K likes dan 821 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: