Isteri Gigih Nak Cuba Cakap Bahasa Melayu, Tapi Suami Pula Langsung Tak Faham
Comel pula tengok diaorang ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika kita lihat sekarang, perkahwinan campur semakin banyak berlaku di negara kita dan ia tidak menjadi masalah malah kita sudah serasi dengannya
Perkahwinan antara dua buah negara yang berbeza sudah lama wujud dari zaman dulu lagi. Memilih pasangan hidup merupakan kehendak individu itu sendiri. Jadi siapalah kita nak menghalang mereka.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila pasangan kahwin campur antara rakyat Malaysia dan Jerman ini menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri cuba nak cakap bahasa Melayu, tapi satu apa pun suami tak faham
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu sedang berada di dalam sebuah kereta bersama. Wanita itu kemudian dilihat mencuba untuk bercakap dalam bahasa Melayu sambil diperhatikan suaminya.
Tetapi, oleh kerana masih belum fasih untuk bertutur, suaminya di sebelah hanya mampu tertawa kecil dan bertanyakan kepada wanita itu apa sebenarnya yang dia ingin sampaikan. Pada akhir video wanita berkenaan dilihat berputus asa dan meminta agar si suami berhenti merakamnya.
Namun, suaminya itu dilihat sangat fasih berbahasa Jerman kerana mereka sekarang tinggal di sana. Sudah tidak menjadi masalah untuk bercakap bahasa tersebut.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Ajarlah kita macam mana nak tackle orang Jerman" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji kecantikan isterinya itu.
Malah, ada yang sehingga meminta tips bagaimana cara untuk tackle orang Jerman. Ada juga yang memuji cara pasangan itu kerana dilihat sangat sweet.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.6M views, 297.7K likes dan 1,630 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: