seismik

[VIDEO] "Syok Dengar" - Fasih Berborak Dalam Bahasa Cina, Nenek Ini Jadi Tumpuan Ramai

Powerlah nenek.

Cover image via @azrilbaharudin (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bertutur dalam lebih dua bahasa sememangnya adalah satu kelebihan buat diri kita

Iyalah, bukan semua orang dapat bertutur dengan fasih tambahan lagi dengan bahasa yang berbeza. Kadang-kadang rasa teruja tengok orang yang pandai bercakap lebih dari satu bahasa ini.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang nenek fasih berbual dalam bahasa Cina telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@azrilbaharudin Fasih makcik cakap cina..syok Dan teruja bila dengar....#fypage #kedah #chinese #cakapcina original sound - Azril B Baharudin

Tak kekok langsung berbual dalam bahasa Cina

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang nenek sedang bersama dengan beberapa orang berbangsa Cina di luar sebuah kawasan.

Namun, apa yang lebih menarik tumpuan adalah nenek itu dilihat berbual dalam bahasa Cina dengan mereka dan langsung tidak kekok.

Malah, perbualannya dan ayatnya juga sangat jelas seperti dia memang sudah lama belajar bahasa tersebut.

"MasyaAllah, berapalah usia nenek ni eh. Masih kuat berjalan dan kuat daya ingatan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja mendengar kefasihan nenek tersebut dan memujinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 541.6K views, 24.2K likes dan 706 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Powerlah nenek ni, bukan semua orang boleh berbahasa Cina :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: