seismik

2 Tahun Jalan Kaki Naik Bas Pergi Kerja, Rakan Pemuda Ini Sepakat Hadiahkan Kereta

Baiknya rakan-rakan dia.

Cover image via @ilmamiqbal (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai rakan yang baik sememangnya adalah satu rezeki buat kita

Tambahan lagi, jika mereka sentiasa ada di kala kita berada dalam kesusahan. Selain keluarga, mereka juga penting dalam kehidupan kita.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda menerima hadiah kereta daripada rakan-rakannya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ilmamiqbal

2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas . Jadi kitaorang bincang kumpul duit ramai2 beli kereta sebiji untuk kau . Harap kau happy dengan hadiah daripada kawan yang tak seberapa ni

original sound - MVM Music

Pakat kumpul duit hadiahkan kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan rakan ketika itu mahu membuat kejutan kepada rakan mereka. Dapat dilihat mereka menutup mata pemuda tersebut sebelum membawanya keluar.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah mereka rupa-rupanya telah berpakat mengumpul duit untuk membelikan sebuah kereta buat rakan mereka.

"2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas. Jadi kita orang bincang kumpul duit ramai-ramai beli kereta sebiji untuk kau. Harap kau happy dengan hadiah daripada kawan yang tak seberapa ni," tulisnya.

"Ingatkan motor rupanya kereta. Beruntung awak bang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 194.5K likes dan 6,292 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sekali dapat kereta terus bang, untung awak! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: