[VIDEO] Cubaan Tak Nak Pergi Sekolah Gagal, Gelagat Budak Ini Hiburkan Hati Ramai
Tak jadi dik.
Anak-anak yang masih kecil sudah tentu banyak kerenah dan akalnya
Sehingga kadang kala pening kepala dibuatnya betul tak? Tetapi, jika tiada telatah daripada mereka bosan juga.
Lain pula dengan video ini apabila seorang lelaki berkongsi telatah anak lelakinya yang tidak mahu ke sekolah telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Menangis dan merangkak sebab tak nak pergi sekolah
Menerusi video tersebut, kelihatan budak lelaki berkenaan menangis sambil di dalam rumah. Difahamkan, dia memberikan pelbagai alasan dek kerana tidak mahu pergi ke sekolah.
Namun, si ayah hanya tergelak dengan perangai anaknya yang kuat 'berlakon' kerana tidak mahu ke sekolah.
Lebih melucukan lagi adalah dia memberikan pelbagai alasan supaya si ayah mempercayainya.
Lihat video sambungan di bawah:
“Percaya lah papa kau dah lama buat taktik ni dik” - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 267.4K views, 7,616 likes dan 999 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!