seismik

Bekas Teman Lelaki Naik Tangan Masa Ajak 'Slow Talk', Wanita Ini Bersyukur Tak Jadi Kahwin

Suka hati je nak pukul anak orang.

Cover image via TikTok

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam hubungan percintaan, kita perlulah ada batas supaya tidak memakan diri

Semakin lama kita bercinta dengan mereka, semakin lama kita mengenal pasangan kita. Malah, sedikit demi sedikit kita boleh lihat perangai sebenar mereka keluar.

Bukan itu saja, pasangan yang suka 'naik tangan' ini adalah satu redflag dan perlu dielakkan dalam perhubungan supaya ia menjadi lebih teruk.

Tular apabila seorang wanita berkongsi bekas teman lelakinya yang berani untuk 'naik tangan' kepadanya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu dibawah:

Ajak slow talk sampai naik tangan

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan telah menjelaskan dia sudah lali dengan perangai bekas teman lelakinya yang mendesak untuk berbincang.

Dapat dilihat wanita berkenaan pada awalnya hanya menunggu di dalam kereta bersama rakannya sambil membuat panggilan telefon bersama bekas teman lelakinya.

Namun, sebaik saja dia keluar untuk bertemu, lelaki berkenaan mula naik tangan dan mengasari wanita berkenaan. Difahamkan, lelaki tersebut mahu kembali bersama selepas dia kantoi curang dengan perempuan lain.

Aduhai, tak bestlah macam tu kalau dah sampai naik tangan ni

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: