seismik

Ular Tedung 'Tunduk' Lepas Dibaca Doa Nabi Sulaiman, Ramai Pula Kagum Lihat Situasi Ini

Seram sejuk je tengok.

Cover image via @mohdamirfaizal (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Haiwan berbisa seperti ular dan serangga lain sememangnya menakutkan ramai orang

Kita juga dinasihatkan untuk tidak mendekati haiwan-haiwan berbisa ini kerana takut ia memakan diri. Bisa mereka itu ada kalanya boleh membawa maut.

Namun, baru-baru ini tular apabila seorang lelaki dilihat menundukkan ular tedung telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Dakwa haiwan boleh berkomunikasi dan memahami

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan 'menundukkan' ular dengan berbicara lembut dan membahasakan dirinya 'abah' dan 'adik' kepada ular hingga menarik perhatian ramai.

Pada awalnya ular tersebut dilihat agresif dan cuba melawannya. Namun, dia cuba menenangkan haiwan berkenaan dengan membaca doa Nabi Sulaiman.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah ular itu dilihat 'tunduk' selepas dibaca doa berkenaan.

"First time aku tengok binatang tunduk betul-betul dengan doa Nabi Sulaiman ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.7M views, 358.2K likes dan 5,954 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kehebatan doa, haiwan pun faham.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: