Anak Ajak Rakan-Rakan Buat Surprise Sambut Birthday Di Tempat Kerja Ibu Ini Undang Sebak
Kita pun terikut nangis.
Ibu bapa merupakan insan paling penting dalam hidup kita
Tanpa doa dan didikan mereka, tidaklah kita berjaya sehingga sekarang. Sudah tentu, jasa mereka tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.
Tetapi, membuatkan mereka bahagia sudah cukup buat kita sebagai anak. Hargai dan jagalah mereka sementara masih ada waktu.
Tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki berkongsi membuat kejutan hari jadi di tempat ibunya bekerja telah mengundang sebak ramai.
Lihat video itu di bawah:
Rakan-rakan sporting sambut bersama
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu pemuda berkenaan sedang berada di tempat kerja ibunya untuk membuat kejutan hari jadi.
Dapat dilihat dia membawa kek sambil ditemani rakan-rakannya ketika ibunya sedang bekerja. Situasi itu membuatkan ibunya terkejut dan terharu di atas sambutan berkenaan.
"Aku bangga dengan anak muda macam ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi positif kepadanya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 263.5K views, 46.3K likes dan 1,290 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!