seismik

"Sekali Dia Ambil..." - Lelaki Tak Sangka Kena 'Pau' Dengan Pengemis Lepas Belanja Makan

Betul-betul kenyang ni.

Cover image via X , Astro Awani , Tripadvisor (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kita boleh lihat sekarang, peminta sedekah atau pengemis di kota raya

Sudah tentu, bersedekah adalah amalan yang mulia dan amat digalakkan. Selain mendapat pahala, kita juga akan dimurahkan rezeki.

Namun, ramai pengemis kita boleh lihat kini lebih 'agresif' dan'berlebih' berbeza daripada dahulu. Malah, ada juga yang memaksa untuk orang awam memberikan duit kepada mereka.

Seperti yang berlaku dengan seorang individu ini apabila di 'pau' oleh seorang pengemis telah mendapat perhatian ramai.

Lihat perkongsian itu di bawah:

Image via X

Ambil makanan sampai nak cecah RM70

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan berkongsi situasi semasa dia sedang makan di sebuah restoran nasi kandar.

Namun, datang seorang pengemis datang kepadanya. Dengan niat yang baik dia menyuruh agar pengemis berkenaan untuk mengambil makanan untuk dimakan.

Tanpa tidak disangka rupa-rupanya pengemis tersebut membungkus makanan tersebut dan terus keluar daripada kedai berkenaan.

Apa yang membuatkan dia lebih terkejut adalah apabila bil makanan yang diambil pengemis tersebut mencecah sehingga RM70.

"Bila bayar bil dia nak dekat RM70. Ayam, daging, sotong, udang dalam bil," tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

"Nampaknya kena tahu dulu lauk apa yang ada dalam kedai sebelum offer" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih 65 comments, 1,800 repost dan 4,304 likes di X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di X:

Image via X
Image via X
Image via X

Bukan biasa-biasa lauk dia ambil :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: