seismik

"Nampak Fake" - Siap Photoshop, Gambar Khairul Aming Diguna Scammer Untuk Promosi Barang

Sampai macam itu sekali.

Cover image via X

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Influencer terkenal Khairul Aming kini semakin mendapat perhatian ramai

Konten masakannya ternyata telah menarik ramai orang. Malah, bukan itu saja beliau juga ada kalanya membuat ulasan tentang gajet yang digunakan.

Baru-baru ini Apple telah melancarkan iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 15 dan ia ternyata mendapat perhatian Khairul Aming yang turut membuat ulasan mengenainya.

Namun, tular apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar beliau untuk barangan mereka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat perkongsian itu di bawah:

Jam tangan fake, gambar pula siap disunting

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan seorang individu di laman X berkata semenjak Khairul Aming ada membuat tech review, banyak kedai gajet yang menjual telefon mula menggunakan mukanya sebagai bahan marketing.

Dapat dilihat di dalam hantaran berkenaan yang memaparkan gambar Khairul Aming kononnya telah membeli Apple Watch di sebuah kedai reseller rasmi Apple. Malah, apa yang membuatkan ramai curiga adalah harga yang ditawarkan tidak masuk akal iaitu berharga RM94 untuk seutas jam.

Dia menambah gambar kedai berkenaan sebenarnya tidak wujud dan jam yang dipromosikan itu adalah fake semata-mata.

Image via X

"Macam mana orang boleh percaya dari jauh boleh nampak ni photoshop" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 1,010 repost, 45 comments dan 2,235 likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di X:

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Senang betul ya scammer buat kerja sekarang, ambil muka orang je promote produk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: