seismik

Nipis Seperti Kertas, Lelaki Kongsi Bentuk Telur Dadar Dalam Nasi Lemak Yang Dibelinya

Ini bukan telur dah ni.

Cover image via @Matden17 (X)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran ramai buat rakyat Malaysia

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur rebus, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Kalau tiada salah satu daripada ini tak lengkap rasanya.

Namun, tular di laman X baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi rupa bentuk telur yang diterimanya selepas membeli nasi lemak bungkus telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Image via @Matden17 (X)

Kongsi keadaan telur, nipis macam kertas

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan menunjukkan hidangan nasi lemak yang dibelinya.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah rupa bentuk telur yang diterimanya. Dapat dilihat dia mengambil telur tersebut dan menunjukkan betapa nipisnya.

Bukan itu saja, ia juga sangat kecil dan boleh dihabiskan dalam satu suapan saja.

Lihat gambar yang dikongsikan:

Image via @Matden17 (X)
Image via @Matden17 (X)

"Tu selimutlah untuk ikan bilis dalam tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel in ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 3,735 repost, 5,367 likes dan 170 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via @Matden17 (X)
Image via @Matden17 (X)
Image via @Matden17 (X)

Aduhai, dia punya bentuk telur tu sedih tengok :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: