[VIDEO] Beli Burger Tengah Malam, Pelanggan Terkejut Lihat Isi Dalam Dapat 'Free Gift'
Besar betul.
Tidak dinafikan, keenakan rasa burger di tepi jalan kadangkala lebih sedap berbanding dari restoran makanan segera
Mungkin kerana rasa burger itu sendiri yang authentic membuatkan kena dengan tekak Malaysia kita ini betul tak?
Malah, gerai burger di tepi jalan ini juga mudah dijumpai kerana banyak. Tambahan pula dengan waktu operasi mereka yang sehingga lewat malam. Jadi, kalau rasa lapar tengah malam boleh terus cari pergi beli.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang pelanggan terkejut dengan apa yang dijumpai di dalam burgernya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terkejut tengok ada stapler atas burger
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu baru saja selesai membeli burger secara online.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila dia terkejut melihat apa yang ada di dalam burgernya itu.
Dapat dilihat stapler diletakkan di atas burger tersebut. Situasi itu membuatkan mereka semua ketawa kerana tidak menyangka akan perkara itu.
"Kena pulangkan balik, owner tu cari hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi tersebut. Malah, ada juga yang meninggalkan komen usikan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 477.2K views, 31.7K likes dan 742 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!