seismik

[VIDEO] "Chicken Tail?" - Abang Grab Kongsi Pesanan Mesej Amoi Untuk KFC Ini Bikin Dekah

Mungkin dia auto correct kot.

Cover image via @rie0306 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memesan makanan secara online sudah menjadi kegemaran ramai, tambahan lagi dengan keadaan pandemik sekarang

Ramai yang masih takut untuk keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan diri mereka. Oleh sebab itu, memesan makanan secara online adalah salah satu cara yang paling selamat.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemandu Grab berkongsi pesanan mesej oleh pelanggannya menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rie0306

Syok tengok amoi tu, dah la ayat dia comey, orang nye pun comey. Bersemngat i nak keje lebih keras lagi u..

original sound - Rie0306

Sempat mesej laungkan merdeka, lepas itu minta chicken tail

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga pemandu Grab berkongsi pesanan makanan yang dipesan oleh pelanggannya melalui aplikasi itu.

Dia kemudian sempat menunjukkan special instructions oleh pelanggannya itu yang sekali gus telah mencuri tumpuannya.

"Merdeka,merdeka, merdeka! I love KFC. Please give me "Chicken tail" only please. Thanks KFC," tulisnya.

Mesejnya itu turut dipuji oleh abang Grab berkenaan kerana semangatnya yang melaungkan merdeka walaupun hanya dalam mesej. Dia juga tergelak kecil membacanya dan memuji kecomelan pelanggannya itu.

"Dia nak makan ekor ayam dah kenapa" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan pelbagai reaksi mereka mengenai pesanan mesej itu dan masih mempersoalkan mengapa dia meminta bahagian chicken tail.

Malah, ada yang berpendapat mungkin telefonnya melakukan auto correct sebab itu terjadinya sedemikian.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 103.2K views, 5,543 likes dan 109 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bersangka baik, mungkin memang sebab auto correct kot telefon dia :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: